|
|||||||
|
|
|
|||||
|
|
|||||||
|
|
|
LAPORAN Kokurikulum Di SMKJKA terdapat 8 badan beruniform, iaitu Persekutuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, St. John Ambulans Malaysia, Kadet Bomba dan Penyelamat, Kadet Polis Diraja Malaysia, Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Puteri Islam. Selain itu, terdapat 32 persatuan dan kelab. Badan beruniform, kelab dan persatuan sentiasa mengadakan aktiviti. Laporan Badan Beruniform
Persekutuan Pengakap Kumpulan 15 'Berkhidmat Untuk Negara Melalui Berpengakap'
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MY(J)120) 'Semua Insan Adalah Adik Beradik'
St. John Ambulans Malaysia 'Perkhidmatan Bagi Manusia'
Kadet Bomba dan Penyelamat
Kadet Polis Diraja Malaysia 'Selalu Bersedia'
Kadet Remaja Sekolah 'Berilmu Beriman Beramal'
Pandu Puteri 'Selalu Bersedia'
Pergerakan Puteri Islam 'Berilmu Berilman Beramal'
Komuniti Pertandingan Kawat Kaki Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Batu Pahat 2005
Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia SMK Jalan Kolam Air sedang diperiksa uniform. - Pertandingan Kawat Kaki Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Batu Pahat 2005.
Kawat Kaki Dinamik oleh PBSMM SMKJKA semasa Pertandingan Kawat Kaki NGO Peringkat Daerah Batu Pahat 2005.
Kawat Kaki Statik oleh PBSMM SMKJKA semasa Pertandingan Kawat Kaki NGO Peringkat Daerah Batu Pahat 2005.
Pasukan PBSMM SMKJKA telah berjaya memenangi tempat kedua Pertanding Kawat Kaki NGO Daerah Batu Pahat 2005. Pertandingan Kawat Kaki NGO Daerah Batu Pahat telah diadakan oleh PPD Batu Pahat. Sekolah kami telah menghantar pasukan PBSMM untuk bertanding. Sebulan sebelum pertandingan diadakan, pasukan bertanding berlatih dengan bersungguh-sungguh. Pasukuan yang diketuai oleh Ketua Seksyen Tan See Yong telah memenangi tempat kedua. Disediakan oleh, Setiausaha Persatan Bulan Sabit Merah Malaysia, SMK Jalan Kolam Air.
Perkhemahan Solidariti Gabungan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan St. John Ambulans Malaysia SMK Jalan Kolam Air Kali Ke-2 Tahun 2005
Pengerusi Perkhemahan, Saudari Yuan Lih Ju sedang memberi taklimat ringkas.
Majlis Perasmian Perkhemahan. (Memberi Ucapan - Pengerusi Perkhemahan Saudari Yuan Lih Ju, Jemputan Kehormat (Berpakaian Uniform PBSMM) - Setiausaha Kehormat PBSMM Chapter Batu Pahat Tuan Teo Peng Hock, Guru Penasihat (Berbaju merah) - Cik Gan Lee Hwa, Guru Penasihat (Berbaju hijau berkotak) - Encik Lee Yeng Huah, Guru Penolong Kanan 1 (Sebelah Tuan Teo) - Tuan Haji Shahrum bin Hashim.
Sekumpulan peserta sedang menjalankan aktiviti 'Halangan Komando'.
Semua peserta dan ahli jawatankuasa perkhemahan. (Berbaju biru tua - Ahli Jawatankuasa Perkhemahan; Berbaju putih - Peserta Perkhemahan) PBSMM dan SJAM SMKJKA telah mengadakan Perkhemahan Solidariti Kali Ke-2 pada 14hb. dan 15hb. Mac 2005. Perkhemahan ini dimulakan dengan pendaftaran peserta perkhemahan. Didapati beberapa orang ahli yang telah menghantar borang penyertaan tetapi tidak hadir pada perkhemahan. Aktiviti seterusnya ialah Majlis Perasmian Perkhemahan. Setiausaha Kehormat PBSMM Cabang Batu Pahat, Tuan Teo Peng Hock telah diundang untuk merasmikan perkhemahan. Selain itu, GPK 1, Tuan Haji Shaharum bin Hashim juga memberi ucapannya pada majlis tersebut. Taklimat diberi oleh ketua-ketua disiplin dan ketua-ketua biro selepas Majlis Perasmian Perkhemahan. Aktiviti lain dijalankan selepas itu. Pada waktu malam, Setiausaha Kehormat PBSMM Cabang Batu Pahat, Tuan Teo Peng Hock sekali lagi diundang untuk memberi ceramah tentang pertolongan cemas. Dalam ceramah selama dua jam setengah itu, peserta-peserta diberitahu tentang cara-cara menangani kemalangan-kemalangan yang sering berlaku di sekeliling kita. Peserta berehat selepas aktiviti ‘malam kebudayaan’. Selepas pukul 9.00 malam, rondaa telah dijalankan untuk menjamin keselamatan peserta. Dua orang pelajar sekolah yang tidak menyertai perkhemahan ini datang ke sekolah pada pukul 1.00 tengah malam. Dua orang pelajar itu dinasihati supay balik ke rumah. Peserta bangun pada pukul 6.30 pagi. Selepas senaman, Istiadat Kenaikan Bendera dijalankan. Aktiviti diteruskan selepas sarapan. Pada pukul 4.30 petang, Majlis Penutup Perkhemahan dijalankan. Guru Penyelaras Kokurikulum, Encik Tee Seng Hua diundang untuk menutup rasmi perkhemahan ini. ‘Penilaian Perkhemahan’ dijalankan selepas Majlis Penutup. Didapati peserta-peserta puas hati dengan rancangan dan aktiviti yang dirancangkan oleh pihak jawatankuasa. Perkhemahan ini disempurnakan dengan Istiadat Menurun Bendera. Peserta dibenarkan balik pada pukul 5.30 petang. Ahli jawatankuasa perkhemahan membersihkan kawasan sekolah sebelum meninggalkan sekolah. Keseluruhannya, perkhemahan ini telah mencapai objektifnya, iaitu menambah ilmu pengetahuan peserta dan merapatkan hubungan antara ahli-ahli persatuan. Perkhemahan ini dijalankan dengan lancar. Perkhemahan ini diharap agar dapat diadakan pada tahun yang berikutnya. Disediakan oleh, Setiausaha Jawatankuasa Perkhemahan Solidariti Gabungan PBSMM dan SJAM Kali Ke-2 Tahun 2005, SMK Jalan Kolam Air.
Pada 28hb. hingga 30hb. Mei, Multiple District 308 telah mengadakan Leo Forum di Penang, Malaysia untuk ahli Kelab Leo dari Multiple District 308 iaitu Kelab dari Malaysia, Brunei dan Singapore. Kelab Leo SMK Jalan Kolam Air telah menghantar lapan orang ahli untuk menghadiri Leo Forum, iaitu President Leo Neo Kai June, Vice President Leo Aw Yew Xi, Treasurer Leo Tan Pao Ling, Tail Twisters Leo Pua Chin Yee & Leo Lim Bo Qiang, Club Bulletin Chairman Leo Ka Kai Fong dan International Service Director Leo Irene Chen. Dalam forum ini, kami telah memenangi Certificate of Appreciation Leo Club President (Leo Neo Kai June), Certificate of Appreciation Leo Club Secretary (Leo Lim Yi Shan), Certificate of Appreciation Leo Club Treasurer (Leo Tan Pao Ling) dan Certificate of Appreciation Leo Club. Disediakan oleh, President Kelab Leo, SMK Jalan Kolam Air.
|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Alamat Sekolah : Peti Surat 32, 83007 Batu Pahat, Johor Darul Takim. Telefon : 07-4341448 Fax : 07-4324279 Laman Web Rasmi Sekolah : www.geocities.com/utama_smkjka Email WebMaster : smkjka@gamil.com
Hak Cipta Neo Kai June dan Ng Xian Hui 2005. Hak cipta terpelihara.
|